Friday, October 29, 2010

hidup umpama kanvas berwarna

setelah hampir dua minggu penuh tanda tanya.. hari ini terjawab sudah siapa yang diantaranya menjadi pengkhianat..memang mengejutkan dan sejuta rasa begitu ampuh melonjak rasa hiba tiba-tiba.. ntah kemana hilang amarah yg marak bertiup pada minggu-minggu yang lalu..hari ini, amarah itu tiada..yang tertinggal adalah rasa kejutan dan kecewa lantaran seseorang yang dianggap sahabat sanggup menjadi pengkhianat bila nafsu di larut rasa hasad..

sesungguhnya warna-warna hidup ku akhir-akhir ini mmg penuh warna-warni, sesekali dilambung ombak rasa kecewa, namun akhirnya didatangkan petunjuk-petunjuk ke arah kebaikkan..yang mampu membuat bibir tersenyum dan minda mula mencanai mimpi.. alhamdulillah rezeki juga kian bertambah.. mungkin Allah datangkan ujian pada lewat minggu-minggu terdahulu sebagai dugaan dan syukur Ya Allah akhirnya segalanya telah berakhir dengan baik.. dan pengalaman itu mengajar aku lebih dewasa untuk lebih berhati-hati & berwaspada pada mereka yang bernama insan.. mereka mungkin sahabat dan mereka mungkin taulan, namun bukan semuanya boleh diletakkan kepercayaan.. dan bukannya semuanya layak untuk ditempatkan di hati..

dan terima kasih Ya Allah kau datangkan hujan pada ku pada lewat musim-musim yang lalu, kerana itu aku merasa nikmat untuk melihat pelangi pada hari ini... Syukran Ya Allah..Syukran.. ^__^


Thursday, October 14, 2010

Perasaan Hasad Dengki - PHD

Petang hari penghulu segala hari (Jumaat) benar-benar mengocak damai di hati ini.. Ya Allah, tabahkan hati ku, tabahkan hati suami ku menempuh ujian mu ini..

sesuatu yang cuma sejengkal bakal menjadi hak akhirnya terlepas dari genggaman gara-gara hasad dengki manusia berhati syaitan.. Ya Allah walaupun hati ini benar-benar ingin berlapang dada, kenapa amarah ini terasa mencengkam, selautan kekesalan ini terlalu menyesakkan ruang nafas.. aku lemah Ya-Allah..aku lemah.. air mata ini juga belum dapat membasuh mahupun menyejukkan sejuta rasa yang berbaur ini..bantu aku Ya-Allah.. bantu lah aku untuk merasa Redha.. redha dengan ketentuanMU..

Ya-Allah, andai masih bersisa pahala yang pernah ku kutip untuk menghadapMU..aku pohon Ya-Allah..Kau bukalah hijabMu dan bersaksikan kekuasaan-Mu yang Maha Agung, aku pohon Ya Allah kau berikan lah seburuk-buruk pembalasan kepada manusia-manusia berhati syaitan ini..semoga mereka beroleh keinsafan...

Tuesday, October 12, 2010

When Death Came..

Astarfirullahhal'azim... detik 10/10/2010 terasa sebahagian daripada jiwa ini bagaikan turut melayang..betapa lewat beberapa hari ini kemalangan demi kemalangan laksana episod drama yang tidak berpenghujung.. sekelip mata 12 jiwa telah pulang mengadap pencipta, dan buat sekian kalinya Malaysia dikejutkan dengan kemalangan tragis... KM223 Highway PLUS Simpang Ampat, Alor Gajah bermandi darah...

dikalangan mereka-mereka yang "pulang" itu pastinya punya seribu cerita, sejuta harapan dan keazaman barangkali.. semuanya pasti merasakan masih punya kesempatan untuk melunaskan hasrat-hasrat yang terpendam, masih punya peluang untuk mencanai mimpi, dan barangkali juga diantaranya beranggapan masih berkesempatan untuk meraih kemaafan..namun takdir Allah itu terlalu pasti.. tidak tercepat mahupun terlewat barang sedetik, when death came, there's nothing can stop it..dan jiwa-jiwa kesayangan ibu-bapa, tunangan, kekasih dan teman itu dipanggil pulang untuk selamanya.. tiada lagi yg tertinggal melainkan kenangan sebelumnya..

namun rasa sedih-pilu itu pastinya hanya untuk beberapa hari ini mungkin, dan bila waktu beralih.. perlahan-lahan rasa simpati dan keinsafan turut pudar.. dan mungkin esok lusa, tahun depan pastinya berulang kembali episod luka ini lantaran kesedaran yang membenih di jiwa kita tidak pernah tegar untuk bertahan lama... keangkuhan dan keegoan masih tetap beraja saat di jalanraya..

dan seperti saat-saat yang terulang.. yang bernama manusia itu sememangnya terlalu ampuh pada waktu.. jarang benar pengajaran itu dapat dikelek pada waktu yg lama.. sedangkan saban hari ada sahaja jiwa yg terkorban.. namun masih gagal menyedarkan kita untuk menjadi lebih "manusia"..


Wednesday, August 25, 2010

Ketamakkan hati

lewat hari-hari kebelakangan ini perkara yang satu ini semakin kerap mengasak kotak fikir dan semakin membuahkan kerisauan..perkara yang satu itu juga terbawa-bawa hingga ke alam mimpi..

Ya Allah, bantulah hamba mu ini, seusai akad yang di lafaz menginjak ke usia 4 tahun janganlah ianya diuji dengan sesuatu yang terbeban untuk ditanggung oleh sekeping hati yang masih mentah dan penuh dengan ketamakkan..

jenuh untuk sang akal menyusur mencari dimana benih ketamakkan ini mula bercambah, mungkinkah pada saat-saat nafsu kebendaan yang tak tertunai, atau mungkin kian lelah melewati waktu-waktu penggeseran dek kerana pendapat tidak sehaluan.. atau mungkin rasa cinta yang dipalit dengan setulus rasa hormat kian pudar dimamah hari???

jawapannya cuma satu : hati ni penuh dengan keegoaan untuk memiliki ianya tidak pernah bersyukur dan berterima kasih di atas anugerah yang telahpun diberi :(, detik ini hati mula khilaf mencari seseorang yang lebih sempurna.. dan telunjuk nafsu itu mula mencanai harapan indah untuk disandarkan pada seseorang yang tidak ber-hak..
yang hadir pada waktu yang terlewat..

Ya Allah, berikan aku petunjuk untuk ku perbetulkan kekhilafan ini, Kau lenyapkan dan jauhkan aku dari kenangan-kenangan itu ya-Allah, kejutkan aku dari mimpi yang tak berpenghujung ini, dan berilah kekuatan untuk aku mempertahankan mahligai ini agar tidak bergegar arasyi-Mu ya-Allah.. dan perkenankan lah cinta ini agar ianya kekal menjadi milik insan yang ber-hak..

Monday, June 7, 2010

Relax

hidup ni penuh dengan permintaan demi permintaan, saat terlalu di belenggu dengan bebanan kerja, workload yang keterlaluan menjadikan kita defensif dalam memburu erti kebebasan.. merintih dan merungut dengan harapan akan ada masanya dunia ini terasa lapang tanpa keja yang datang bersilih ganti..

dan bila yang dipinta menjadi nyata, keja yang ada sekadar routine cuma, sungguh tidak productive, saat tiada knowledge enhancement, tiada improvement of skills dan keperluan yang minima, tika itu ada sekelumit hampa menjentik rasa...terasa betapa bosannya andai hidup ini tidak dipertanggungjawabkan terhadap sesuatu... betapa tiada kepuasan dalam bekerja..seolah-olah keberadaan aku itu andai ada atau tiada langsung tidak membawa makna pada sekeliling..ufff...betapa tidak competence nya aku kepada organisasi... dan mungkin andai sampai saatnya langkah ini berhenti setakat ini...mungkin tiada legacy bermakna yang telah ku tinggalkan untuk diingati apetah lagi untuk dihargai...

bertapa tidak bersyukur nya aku pada suatu ketika.. betapa peluang-peluang demi peluang telah ku lepaskan berlalu tanpa sedikit pun keinginan untuk mengambil tahu.. dan akhirnya aku masih menjadi aku sama seperti waktu dulu... terlalu banyak kelompongan yang perlu diisi dengan ilmu yang sepatutnya ku gali dari sebuah pengalaman... tapi sayang saat itu telah berlalu tanpa dipatri dengan secarik ilmu yang berguna...

dan andai hari ini adalah terlewat untuk hari semalam, rasanya cukup lah untuk dijadikan pengajaran.. menjadi pemburu waktu yang lebih selektif.. mengaut pengalaman seada mungkin, mempersiapkan diri untuk hari depan yang lebih mencabar.

bermula semula

sekian lamanyer laman yang satu ketika kerap di jengah ni ku tinggal terus malah untuk sekian waktu ianya bagai di lupakan... biar pun dalam hakikat sebenar kekangan nya adalah ketidakupayaan mendapat capaian wireless .. dan menjadi sebab juga untuk aku tidak punya waktu meluah dan mengisi kekosongan-demi kekosongan ini dengan cerita-cerita ku yang pelbagai..

dan.. kala kesempatan datang lagi lewat kebelakangan ini, alhamdulillah mungkin banyak masa dan ketika akan terluang disini... rasa terlalu sarat dan padat untuk terluah.. menyusun satu - persatu rasa yang tak terucap...yang mugkin boleh dikongsi segenap pencinta ruang maya ini..

Wednesday, April 1, 2009

Bila emak bergusti..

adehhh...ari ni terkejut, terkujat, terharu, terkagum dan tertawa pun sume ade...sumenyer gara2 bila dapat tau omak den ni bergusti pulak dah ngan ular sawa yang beratnya hampir mencecah 20kg.. semuanya demi nak menyelamatkan ayam2 dia la...

syukur alhamdulillah masa tu ayah den pun memang ada skali..kira gusti berpasangan la depa untuk melawan si anaconda tu..kalau ikutkan ni dah kali ke -2 dah mak bergusti dengan ular sawa..
harap2 nya jangan la berlaku lagi kejadian2 macam ni...alahai ibu ku sayangg..ape lah nilainyer sangat 2-3 ekor ayam kampung kalo nyawa sendiri jadi taruhan...aduhhh..begitulah nilai kasih emak ku sorang ni...kasehnyer melimpah ruang bukan untuk yang bernama insan ja tp pada lembu, kambing , ayam dan itik sume pun ade portion tersendiri dalam diari hidup emak ku sayang neh..

dalam zaman serba maju ni rasanya jarang benar la nak dengar binatang menyerang manusia..nak2 pulak si anaconda...tapi ntah le...mungkin ular tu yang tersesat jalan atau mungkin ke kampung aku tu blom cukup maju untuk menidakkan kehadiran binatang2 merbahaya cam tu...

berbalik pada kecintaan dan kaseh sayang emakku pada binatang, dia memang wanita waja..
sejak kecil kesusahan hidup menjadi mainan membentuk emakku menjadi seorang isteri dan ibu yang cukup-cukup tabah dan kuat semangat perjuangannya..

seingat aku, sehingga saat ni...emak masih lagi mampu mengingati kesemua tarikh2 beranak lembu2 peliharaan dia..hahaha..bunyinya macam kelakar kan..tapi bagi jiwa seorang yang wanita bergelar ibu, emak dan omakku ini.. dari sekecil-kecil dan seremeh-remeh benda..semua itu tersemat rapi dalam kotak ingatan dia.. kalau otak adalah CPU computer...dah lama 'hang' coz overload info... tp tu la..emak akan tetap menjadi emak..dan masa mahupun arus kemodenan dunia ini tak mungkin mampu untuk mengubah haluan dan tatacara kehidupan emak ku ini biarpun cuma sekadar untuk esok ataupun pada hari-hari yang akan mendatang..