Tuesday, October 12, 2010

When Death Came..

Astarfirullahhal'azim... detik 10/10/2010 terasa sebahagian daripada jiwa ini bagaikan turut melayang..betapa lewat beberapa hari ini kemalangan demi kemalangan laksana episod drama yang tidak berpenghujung.. sekelip mata 12 jiwa telah pulang mengadap pencipta, dan buat sekian kalinya Malaysia dikejutkan dengan kemalangan tragis... KM223 Highway PLUS Simpang Ampat, Alor Gajah bermandi darah...

dikalangan mereka-mereka yang "pulang" itu pastinya punya seribu cerita, sejuta harapan dan keazaman barangkali.. semuanya pasti merasakan masih punya kesempatan untuk melunaskan hasrat-hasrat yang terpendam, masih punya peluang untuk mencanai mimpi, dan barangkali juga diantaranya beranggapan masih berkesempatan untuk meraih kemaafan..namun takdir Allah itu terlalu pasti.. tidak tercepat mahupun terlewat barang sedetik, when death came, there's nothing can stop it..dan jiwa-jiwa kesayangan ibu-bapa, tunangan, kekasih dan teman itu dipanggil pulang untuk selamanya.. tiada lagi yg tertinggal melainkan kenangan sebelumnya..

namun rasa sedih-pilu itu pastinya hanya untuk beberapa hari ini mungkin, dan bila waktu beralih.. perlahan-lahan rasa simpati dan keinsafan turut pudar.. dan mungkin esok lusa, tahun depan pastinya berulang kembali episod luka ini lantaran kesedaran yang membenih di jiwa kita tidak pernah tegar untuk bertahan lama... keangkuhan dan keegoan masih tetap beraja saat di jalanraya..

dan seperti saat-saat yang terulang.. yang bernama manusia itu sememangnya terlalu ampuh pada waktu.. jarang benar pengajaran itu dapat dikelek pada waktu yg lama.. sedangkan saban hari ada sahaja jiwa yg terkorban.. namun masih gagal menyedarkan kita untuk menjadi lebih "manusia"..


No comments:

Post a Comment