Wednesday, March 4, 2009

Irish Bank Robbery

Excerpted from an article about a bank robbery which appeared in the Dublin Times (metropolitan edition, page 2A) on 2 March 1999:

Once inside the bank shortly after midnight, their efforts at disabling the internal security system got underway immediately. The robbers, who expected to find one or two large safes filled with cash and valuables, were surprised to see hundreds of smaller safes scattered throughout the bank.

The robbers cracked the first safe's combination, and inside they found only a bowl of vanilla pudding. As recorded on the bank's audio-tape system, one said, "At least we'll get a bit to eat,"

The robbers opened up a second safe, and it also contained nothing but vanilla pudding. The process continued until all the safes were opened.

They found not one pound sterling, a diamond, or an ounce of gold. Instead, all the safes contained covered bowls of pudding.

Disappointed, the robbers made a quiet exit, each leaving with nothing more than a queasy, uncomfortably full stomach.

The newspaper headline read:

IRELAND'S LARGEST SPERM BANK ROBBED EARLY THIS MORNING.

Hajat tak kesampaian..

'Siti', S.I.T.I, Siti, nama itu sentiasa meniti dibibir setiap lelaki jantan di kampung aku. Aku juga sudah hafal nama itu, sudah hafal rupa gadis itu, dan dah beribu kali aku "berdating" dengan Siti dalam mimpiku. Nama itu jugalah yang telah menjadikan tiga orang sahabat sejati, iaitu Aku, Tapa dan Bidin angau. Antara Bidin, Tapa dan aku dah tak bertegur sapa lagi. Masing-masing bawa hal sendiri. Semuanya kerana kehadiran pembantu kedai makan Pak Dol yang cun itu, Siti Nurhaleeda. Bahkan bukan tiga sahabat itu saja, malah hampir kesemua orang kampung tak nak bertegur kerana melayan perasaan terhadap Siti. Begitulah bertuahnya Siti. Lenggok Siti dipandang, body Siti tak puas mata memandang. Bagi kaum ibu pula merasa runsing dengan kehadiran Siti. Mereka takut bermadukan Siti. Maka tak kuranglah pula suri rumah yang mula pasang badan semula untuk menambat kembali hati suami mereka. Suami pula dilayan sebaik mungkin agar suami lekat di rumah. Kalau boleh gam cap gajah nak dilekatkan dibuntut suami agar suami tak keluar rumah. Begitulah kesannya tentang kehadiran Siti. Sehinggalah suatu hari, seorang lelaki berbadan sasa datang kekampung, di warong pak Dol, ia terhenti. Mungkin dia terpegun dengan suasana dalam kedai yang penuh dengan umat manusia laksana ada kenduri. Aku pada ketika itu sedang menikmati Kopi O yang dihantar oleh buah hatiku, Siti. Kalau boleh nak ku habiskan sekali tegok saja, tapi apakan daya kopi tu panas. kalau tak, bolehlah aku order lagi sambil menatap wajah ayu Siti."Boleh aku duduk sini?" lelaki itu bertanya kepadaku. "Silakan " jawabku ringkas sambil menjeling kepada pemuda tersebut. kalau nak banding dengan aku, ternyata dia lebih hansem dan macho dari aku. "Saudara nak minum apa?" aku bertindak sebagai pelayan pula, takut aku nanti kalau Siti datang menanya dia tergoda pulak dengan kehenseman pemuda tersebut. "Teh Tarik" jawab pemuda itu ringkas. Aku bergegas mencari Siti di dapur untuk menyatakan hajat pemuda itu nak minum air teh. Pemuda itu memperkenalkan dirinya sebagai Adika dan menceritakan tujuannya datang kekampung ini iaitu untuk mencari adiknya. Belum pun sempat aku menanya tentang adik Adika, Siti datang melenggok menghantar teh. Kelihatan Siti agak terkejut memandang Adika dan cawah teh jatuh berderai ke lantai. "Ooooo, sini ko rupanya, "Jerkah Adika. Siti terketar melarikan diri ke dapur. Orang ramai pula tertumpu ke meja aku dan Adika. Ada yang memandang tak berkedip mata kearah Adika dan ada yang menggenggam penumbuk. Maklumlah buah hati di usik orang. Masing-masing nak tunjuk hero. Adika menenangkan keadaan dan berkata yang Siti itu adalah adiknya. Aku tersenyum bangga kerana akulah lelaki pertama berkenalan dengan abang Siti, mesti saham aku naik. Tapa dan Bidin memandang kearah aku, mungkin sedikit kecewa kerana aku mendahului mereka mengenali abang Siti. Tanpa segan silu aku membahasakan diri sebagai adik dan memanggil Adika abang dan menyatakan hasrat aku untuk menyunting Siti. Jawapan ringkas dari Adika ini membuatkan aku rasa bagai dihempap pokok ketapang, malah aku yakin seluruh penduduk kampung lelaki berperasaan demikian. "Ko nak jadi umat nabi Luth ker? Siti tu sebenornya jantan, nama dia Leman, tapi suka jadi pompuan". Begitulah kata kata keramat yang mempunyai unsur sihir yang menyebabkan semua penduduk kampung seakan menjadi batu. Semuanya terkedu, semua harapan hancur bagai kaca terhempas ke batu!

Ketawa


Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.

Tuesday, March 3, 2009

Ayang yang ku sayang...

Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang. Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang?
Semalaman kite duk pikir soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap semester kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap semester kite ulang paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal,kita bagi yang besar kat ayang. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.

3. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun.Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.

4. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi kene reject. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?

5. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30 Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang,tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

6. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan ayang. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium… tengok ikan emas tengah romen.

7. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru.Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat,member ayang ketawakan ayang. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

8. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati.Ayang tak kate pa pe pun.Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.

Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Kisah anak dara

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.......

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

Mimpi seorang Isteri

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...


Sosej dan Lembu

Sosej & Lembu

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

5 Mitos Nutrisi dan Latihan

paste from gua.com (Kevin Zahri)..

Banyak pantang larang atau mitos mengenai makanan dan latihan. “Makanlah yang ini, yang itu tak boleh, “Jangan buat itu, kena buat macam ni” dan macam-macam lagi. Saya senaraikan 10 mitos yang selalu kita dengar:

Mitos 1: Jangan makan kalau nak kurangkan berat
Realiti: Benar, tapi ada tapinya. Tidak makan bermakna kurang kalori. Kurang kalori boleh menurunkan berat badan. Tetapi, ia akan menurunkan paras metabolisma dan tenaga dalam tubuh, menyebabkan otot tidak berkembang. Ia akan memberi masalah kepada kesihatan anda. Uruskan atau seimbangkan kalori mengikut ‘bajet’ anda.

Mitos 2: Bila semakin tua, otot bertukar menjadi lemak
Realiti: Otot dan lemak adalah dua jenis tisu badan yang berbeza. Otot tidak boleh bertukar menjadi lemak. Begitu juga sebaliknya. Mitos ini sering dikaitkan dengan ahli sukan yang menjadi gemuk apabila sudah bersara. Mereka gemuk bukan sebab usia, tetapi tidak berlatih seperti waktu aktif. Ada juga yang tidak mengawal pemakanan mereka.

Kurang bersenam akan mengecutkan otot – malahan mengurangkan kadar bakaran tenaga dalam tubuh. Ditambah pula tiada latihan, tiada pembakaran kalori. Mereka akan menjadi gemuk. Tetapi, ini tidak bermakna otot anda bertukar menjadi lemak. Ini isu lain. Tidak semestinya anda akan gemuk apabila berhenti berlatih. Anda cuma perlu kurangkan penggunaan kalori. (Apa yang paling baik ialah amalkan makanan seimbang dan bersenam.)

Mitos 3: Saya hanya perlukan aerobik sahaja
Realiti: Jika anda gabungkan latihan berat dengan aerobik atau kardio, kesan kehilangan lemak menjadi tiga kali ganda daripada senaman aerobik semata-mata.

Aerobik sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular, tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh. Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot. 1 kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti kita berlari 1 km setiap hari. Selepas berumur 35 tahun, mereka yang tidak aktif akan hilang 250 g otot setahun dan menambah 700 g lemak. Latihan berat akan melambatkan proses penuaan.

Mitos 4: Semua lemak memudaratkan
Realiti: Ya lah. Banyak lemak boleh membawa kepada obesiti dan mengundang banyak penyakit. Tetapi, tubuh juga memerlukan lemak. Ia melambatkan proses penuaan dan menangani masalah kelaparan dalam jangka masa yang lama berbanding karbohidrat. Apa yang penting ialah anda harus kenal lemak ‘baik’ dan lemak ‘jahat’. Anda harus faham bahawa lemak juga satu makronutrien penting (sejumlah 15% lemak diperlukan dalam pengambilan kalori harian anda).

Mitos 5: Untuk membina tubuh langsing, perlu berlatih beberapa jam sehari
Realiti: Jangka masa latihan sebenar sepatutnya tidak melebihi sejam. Walaupun perlu bersosial, ada baiknya jangan buang masa berbual waktu di gim atau minum di lounge.

Pilihan untuk gagal..


10 penyakit yg sukar diubati dan kerap melanda makhluk yang bernama manusia...
1. MENYALAHKAN ORANG LAIN
Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan. Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang Dipikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu"siapa" Bukan"apa" penyebabnya. Bidang kedoktoran modern selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif. Kekanak-kanakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh," Adik itu yang salah", atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong."Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh". Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa "inferior", kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap Wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.

3. TIDAK PUNYA GOAL / CITA-CITA Kita sering terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau "GOAL" kita hanya untuk "FUN", bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.

4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA Biasanya dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL
Dia mahunya yang besar-besar, yang hebar, tetapi ha-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.

8. TERLALU CEPAT MENYERAH
Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU
Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. "Waktu" itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.

10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN
Biasa disebut "Pseudo Success Syndrome". Kita dihipnotis dengan itu. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar". Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.

Monday, March 2, 2009

journey to grow up..





Muhammad Harith Najmy b. Norshuhaimi.. membawa maksud "bintangku yang bijaksana"..putera tunggal kesayangan ini dilahirkan pada 04 Mei 2006 di HUKM tepat jam 11.07 pm..
sebagaimana seraut wajah kian berubah dengan berlalunya masa, sekalung doa dari seorang ibu dipohon moga-moga perubahan itu menjadi titik mula yang dilimpahi keberkatan dan kerahmatan untuk perjalanan putera ini yang masih panjang..

Sunday, March 1, 2009

Loves

Will you love me in December as you do in May,
Will you love me in the good old fashioned way?
When my hair has all turned gray,
Will you kiss me then and say,
That you love me in December as you do in May?
~James J. Walker

We are all a little weird and life's a little weird, and when we find someone whose weirdness is compatible with ours, we join up with them and fall in mutual weirdness and call it love...

Love is not blind - it sees more, not less. But because it sees more, it is willing to see less. ~Julins Gordon


Abortion

Abortion is the termination of pregnancy by the removal of an embryo of fetus from the uterus. Abortion can occur spontaneously due to complication during pregnancy or can be induced and may result in death. Methods to induce abortion include traditional, herbal, and modern medicine, the use of sharpened tools and also by surgical procedure.

In Malaysia, abortion is permitted if there is a risk to the woman's mental or physical health. The government is also reviewing Section 312 of the Penal Code to include abortion in cases of rape or incest, as well as in situations where the unborn child may suffer from physical or mental abnormalities.

There are four main causes of abortion:

a. Fear of what people might think or say. They are likely to hide their pregnancy and delay seeking help due to family, social, cultural and religious stigma.
b. Fear of financial constraints when raising the child due to lack of insufficient monetary resources by parents.
c. Rape is a horrible abuse with traumatic consequences for many of its victims. Abortion should only be an option for young girls who end up pregnant as a result of rape and incest.
d. Efforts towards population control, such as China’s one child policy.


Side effects may occur with induced abortion, whether surgical or by pill. Consider the risks of abortion and its complications which include :
a. Heavy bleeding : Some bleeding after abortion is normal. However if the cervix is torn or punctured, there is a risk of heavy bleeding and this may require surgery to stop the bleeding.
b. Infection : Infection can develop from the insertion of medical instruments into the uterus that are mistakenly left inside (known as an incomplete abortion). It can cause scarring of the pelvic organs.
c. Damage to the cervix : The cervix may be cut, torn or damaged by surgical instruments.
d. Anesthesia : Complication from general anesthesia used during abortion may result in heart attack and in extreme cases - death.

Besides that, there is evidence that abortion is associated with a decrease in both emotional and physical health. Some of the symptoms are :

a. Eating disorders
b. Relationship problems
c. Depression and flashbacks of abortion
d. Sexual dysfunction

Diet mengikut jenis darah



Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB dan O.

Diet untuk Golongan Darah A

Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga

• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengahari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet untuk Golongan Darah B

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Diet untuk Golongan Darah AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan dari jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Diet untuk Golongan Darah O

Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D’Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D’Adamo ataupun tidak.

andai idup ni ada u-turn..

monday blues... dalam keterpaksaan utk berkerja ari ni..layan jugak hot.fm pagi td..topic for today how bout kalo idup ni boleh u turn..ermm...rupanya ramai sungguh yang wish benda cam tu boleh berlaku..plg touching ade caller yg harap boleh turning back to last few weeks coz nak berada d sisi arwah ayah dia.. ermm..sian..tapi ini la norma idup.. kalaulah semua yang bernama insan ni diberi peluang kedua untuk kembali ke masa lalu.. kemungkinan peluang itu adalah kebahagian buat kita tapi menjadi tangisan tanpa penghujung buat yang lain....

ada pun mungkin kalau peluang itu di buka kepada israel, palestin hari ini semakin menjadi debu.. kalau peluang jg diberi kpd pemisah2 wilayah bergolak di thailand, mungkin lagi ramai yang memilih untuk terkorban sebagai syahid.. dan bumi sempadan akan terus bermandi darah dari hari ke hari..oleh sebab itu takdir Allah s.w.t pada maya ini tertib mengikut aturan..sehingga itu manusia akan terus mara ke hadapan menghadapi ketentuan ini dengan penuh erti ketabahan...

sedar atau tidak keberadaan kita pada hari ini adalah hasil jerih dari kepedihan dan kepayahan masa silam.. begitula sebaliknya.. kegagalan juga bukan la penghujung sebuah kehidupan tapi mampu menjadi titik mula untuk satu perjalanan yang lebih mengujakan..