Friday, October 29, 2010

hidup umpama kanvas berwarna

setelah hampir dua minggu penuh tanda tanya.. hari ini terjawab sudah siapa yang diantaranya menjadi pengkhianat..memang mengejutkan dan sejuta rasa begitu ampuh melonjak rasa hiba tiba-tiba.. ntah kemana hilang amarah yg marak bertiup pada minggu-minggu yang lalu..hari ini, amarah itu tiada..yang tertinggal adalah rasa kejutan dan kecewa lantaran seseorang yang dianggap sahabat sanggup menjadi pengkhianat bila nafsu di larut rasa hasad..

sesungguhnya warna-warna hidup ku akhir-akhir ini mmg penuh warna-warni, sesekali dilambung ombak rasa kecewa, namun akhirnya didatangkan petunjuk-petunjuk ke arah kebaikkan..yang mampu membuat bibir tersenyum dan minda mula mencanai mimpi.. alhamdulillah rezeki juga kian bertambah.. mungkin Allah datangkan ujian pada lewat minggu-minggu terdahulu sebagai dugaan dan syukur Ya Allah akhirnya segalanya telah berakhir dengan baik.. dan pengalaman itu mengajar aku lebih dewasa untuk lebih berhati-hati & berwaspada pada mereka yang bernama insan.. mereka mungkin sahabat dan mereka mungkin taulan, namun bukan semuanya boleh diletakkan kepercayaan.. dan bukannya semuanya layak untuk ditempatkan di hati..

dan terima kasih Ya Allah kau datangkan hujan pada ku pada lewat musim-musim yang lalu, kerana itu aku merasa nikmat untuk melihat pelangi pada hari ini... Syukran Ya Allah..Syukran.. ^__^


Thursday, October 14, 2010

Perasaan Hasad Dengki - PHD

Petang hari penghulu segala hari (Jumaat) benar-benar mengocak damai di hati ini.. Ya Allah, tabahkan hati ku, tabahkan hati suami ku menempuh ujian mu ini..

sesuatu yang cuma sejengkal bakal menjadi hak akhirnya terlepas dari genggaman gara-gara hasad dengki manusia berhati syaitan.. Ya Allah walaupun hati ini benar-benar ingin berlapang dada, kenapa amarah ini terasa mencengkam, selautan kekesalan ini terlalu menyesakkan ruang nafas.. aku lemah Ya-Allah..aku lemah.. air mata ini juga belum dapat membasuh mahupun menyejukkan sejuta rasa yang berbaur ini..bantu aku Ya-Allah.. bantu lah aku untuk merasa Redha.. redha dengan ketentuanMU..

Ya-Allah, andai masih bersisa pahala yang pernah ku kutip untuk menghadapMU..aku pohon Ya-Allah..Kau bukalah hijabMu dan bersaksikan kekuasaan-Mu yang Maha Agung, aku pohon Ya Allah kau berikan lah seburuk-buruk pembalasan kepada manusia-manusia berhati syaitan ini..semoga mereka beroleh keinsafan...

Tuesday, October 12, 2010

When Death Came..

Astarfirullahhal'azim... detik 10/10/2010 terasa sebahagian daripada jiwa ini bagaikan turut melayang..betapa lewat beberapa hari ini kemalangan demi kemalangan laksana episod drama yang tidak berpenghujung.. sekelip mata 12 jiwa telah pulang mengadap pencipta, dan buat sekian kalinya Malaysia dikejutkan dengan kemalangan tragis... KM223 Highway PLUS Simpang Ampat, Alor Gajah bermandi darah...

dikalangan mereka-mereka yang "pulang" itu pastinya punya seribu cerita, sejuta harapan dan keazaman barangkali.. semuanya pasti merasakan masih punya kesempatan untuk melunaskan hasrat-hasrat yang terpendam, masih punya peluang untuk mencanai mimpi, dan barangkali juga diantaranya beranggapan masih berkesempatan untuk meraih kemaafan..namun takdir Allah itu terlalu pasti.. tidak tercepat mahupun terlewat barang sedetik, when death came, there's nothing can stop it..dan jiwa-jiwa kesayangan ibu-bapa, tunangan, kekasih dan teman itu dipanggil pulang untuk selamanya.. tiada lagi yg tertinggal melainkan kenangan sebelumnya..

namun rasa sedih-pilu itu pastinya hanya untuk beberapa hari ini mungkin, dan bila waktu beralih.. perlahan-lahan rasa simpati dan keinsafan turut pudar.. dan mungkin esok lusa, tahun depan pastinya berulang kembali episod luka ini lantaran kesedaran yang membenih di jiwa kita tidak pernah tegar untuk bertahan lama... keangkuhan dan keegoan masih tetap beraja saat di jalanraya..

dan seperti saat-saat yang terulang.. yang bernama manusia itu sememangnya terlalu ampuh pada waktu.. jarang benar pengajaran itu dapat dikelek pada waktu yg lama.. sedangkan saban hari ada sahaja jiwa yg terkorban.. namun masih gagal menyedarkan kita untuk menjadi lebih "manusia"..